THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 24, 2007

Pengalaman Aku mengerjakan Umrah.

Pada hari Khamis, 22hb Nov 2007, aku pergi ke Mekah untuk mengerjakan Umrah. Dari rumah aku di Arabian Homes, kami menaiki sebuah kereta yang disewa ke stesen bas. Di stesen bas kami bercadang untuk menaiki bas ke Mekah. Tapi, oleh kerana musim itu ialah musim haji, bas tidak dibenarkan ke Mekah. Kami pun memilih untuk menaiki teksi. Kami terpaksa membayar SR160 untuk 6 orang ke Mekah. Tiba di sempadan Mekah, kami diminta untuk menunjukkan pasport kami.

Kami sangat bernasib baik kerana dapat melepasi sempadan Mekah. Tibanya kami di Masjidil Haram, kami terus me saie, masuk waktu zohor(12:30tgh/hari). Jadi, kami pun berhenti untuk solat.

Selepas solat, adik bongsu aku, Musaid, berasa lapar. Disebabkan dia terlalu bising kerana lapar, kami pun berhenti umtuk makan. Setelah semuanya selesai makan, kami menyambung perjalanan s lakukan tawaf dan saie mengelilingi Kaabah kerana ketika itu kami sudah memakai pakaian ihram. Walaupun musim itu adalah musim haji, orang yang melakukan tawaf dan saie tak ramai kerana tak ramai yang sudah tiba di Mekah. Setelah separuh perjalanan aie kami. Lebih kurang pukul 4 petang. Setelah saie, kami menggunting sedikit rambut kami. Tapi aku dan adik aku, Mujahid, membotakkan kepala, tapi tak licin.

Pengalaman Aku mengerjakan Haji.

Pada hari Ahad, 16hb Dis 2007 bersamaan 7 Zulhijjah 1428, jam 4.30 petang, kami bertolak dari rumah kami ke hospital dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak hospital tempat ayah aku bekerja, King Fahd Armed Forces Hospital. Kami tiba di hospital jam 5 petang. Kami terpaksa menunggu bas untuk ke Mina sehingga selepas Isyak. Kami bertolak dari hospital ke Mina pada jam 8 malam dan kami tiba di Mina lebih kurang pada jam 1 pagi 17hb Dis bersamaan 8 Zulhijjah. Pada malam itu, kami hanya merehatkan diri di dalam khemah.

Pada keesokan harinya, oleh sebab aku tak ada apa nak buat, aku cuma tidur. Jadi, 18hb Dis bersamaan 9 Zulhijjah, aku wuquf di Padang Arafah. Kami bertolak dari Mina ke Arafah selepas subuh jam 6:30 pagi. Sepatutnya kami tiba di Arafah jam 7:30 pagi. Tapi oleh kerana jalan raya sangat sesak(bayangkan berjuta-juta manusia datang dari seluruh dunia), jadi kami tiba di Arafah jam 9:30 pagi. Tibanya kami di khemah kami, kami menunggu zohor untuk wuquf. Nasib baiklah Padang Arafah tu luas, kalau tak, tak tahulah. Semasa dalam perjalanan, aku melihat dari tingkap bas, beribu-ribu manusia berjalan kaki ke Arafah. Tak termasuk yang menaiki bas dan kereta.

Selepas zohor, bermulalah waktu wuquf di Arafah. Sesiapa yang berdoa pada ketika ini di Arafah, doanya akan makbul. Kami bertolak ke Muzdalifah selepas matahari terbenam. Pada jam 10 malam kami terpaksa berhenti di tengah-tengah jalan raya kerana jalan terlalu sesak. Ada yang membentangkan tikar di tengah jalan. Pada malam itu, kami terpaksa solat diatas jalan yang hanya beralaskan selimut. Pada jam 11 malam, kami berjalan kaki ke Mina. Setelah hampir sejam berjalan kaki, kami tiba di Mina. Tiba di Mina, kami terus tidur. Pada 19hb Dis bersamaan 10 Zulhijjah aku pergi melontar di Jamratul Aqabah. Kami ke Jamrah dengan menaiki bas. Pada 20hb Dis bersamaan 11 Zulhijjah aku pergi melontar 3 Jamrah(jamrah sughra, jamrah wusto, jamrah aqabah). Keesokannya kami juga melontar 3 Jamrah, tapi kali ini hanya aku dan ayah aku je yang pergi kerana kami kena berjalan selama 45 untuk ke Jamrah. Aku dan ayah aku tolong melontar untuk adik, kakak , dan mak aku.

Sepatutnya kami kena melontar pada 22hb Dis bersamaan 13 Zulhijjah. Tapi oleh sebab aku berniat nafa awal kami tak perlu melontar. Pada malam itu, kami bertolak ke Masjidil Haram dengan menaiki bas. Kami hanya menaiki bas separuh jalan kerana bas tak dibenarkan ke Masjidil Haram. Kami berjalan ke Masjidil Haram selama sejam tiga puluh minit. Apabila kami tiba di Masjidil Haram, aku terpisah dengan keluarga aku. Aku terasa malas nak cari keluarga aku, aku terus masuk kedalam Masjidil Haram dan Tawaf. Pada ketika itu kaki aku rasa macam nak tercabut. Aku pun berehat di depan pintu Malik Abdul Aziz. Aku pun memeriksa telefon bimbit aku. Rupa-rupanya mak dan ayah aku banyak menghantar mesej kepada aku supaya turun ke tangga tempat aku sebelum aku terpisah dengan keluarga aku. Aku terus menuruni tangga itu. Aku ternampak kakak aku tengah menunggu aku. Ayah aku tanya aku samada aku nak pergi buat saie terus ke tak.

Aku kata tak nak. Akhirnya malam tu aku dan keluarga aku terpaksa tidur di Masjidil Haram. Keesokan paginya, ayah aku bagitau aku bahawa kakak dan mak aku dah habis buat tawaf dan saie. Adik-adik aku pergi buat tawaf dengan ayah aku je sebab aku dah siap buat tawaf. Jadi, aku tunggu aje di kawasan terdekat. Lepas tu, aku pergi buat saie. Tapi bila mula je aku nak buat saie, ayah aku cakap, tawaf aku tak sah sebab aku sentuh bahagian kaabah. Jadi, aku kena tawaf sekali lagi. Selesai 4 round(4 km) aku baru teringat, aku tak ada wuduk. Aku pergi ambil wuduk dan aku tawaf semula. Sudah 1 round, ayah aku tolak aku naik kerusi roda sebanyak 5 round. 1 round lagi aku jalan kaki.
Saie pulak, aku jalan kaki sebanyak 7 round.



TAMATLAH CERITA AKU SETAKAT INI.

Thursday, December 13, 2007

Kehidupan di Jeddah.

Bangsa, nak kata ramai orang Arab, tak jugak, tapi, nak kata sikit pun tak jugak. Kat sini ramai orang dari negara luar seperti Filipina, China, dan Jepun. Malah ada yang dari negara yang jauh seperti Turki, Scotland, dan Jerman. Kalau dari segi agama pulak, ramai yang beragama Islam dan Kristian.

Walaupun berlainan agama dan bangsa, mereka tetap saling tolong-menolong seperti aur dengan tebing. Kat sini kalau nak keluar rumah orang perempuan kena pakai abaya(jubah hitam). Tak kira Islam ataupun bukan Islam. Tapi bagi yang beragama Islam kena pakai tudung. Orang kat Arab memang peramah tak macam orang melayu. Undang-undang kat sini ketat sangat. Contohnya kereta lebih line traffic light sikit je kena saman SR300(lebih kurang RM300).

Kat sini diorang cakap bahasa Arab dan bahasa Inggeris je. Bahasa inggeris aku dahlah lemah walaupun aku belajar kat sekolah. Bahasa Arab aku lagilah lemah.

P/S
Rajin-rajinlah belajar bahasa asing. Mempelajari bahasa asing itu sunat bagi umat Islam.



Kiamat Sudah Dekat.

Kiamat memang semakin dekat dan sekarang dah betul-betul dekat. Ada sumber mengatakan matahari yang selalunya terbenam disebelah barat akan terbenam disebelah timur. Planet Bumi yang kita duduki ni pun perlahan-lahan keluar dari orbit.

P/S
Rajin-rajinlah menunaikan ibadah. Jangan malas. Lebih-lebih lagi kiamat sudah dekat.

Wednesday, December 12, 2007

Hari ini hari ke-31 aku berada di Jeddah, Arab Saudi. Aku tinggal di 24 Alcazar, Sierra Village, Arabian Homes. Kawasan perumahan ni dikawal rapi oleh tentera arab. Tiap-tiap kenderaan yang ingin memasuki kawasan ni akan diperiksa oleh tentera terlebih dahulu.Setiap hari Selasa, jam 1630 aku bermain boling dengan kawan- kawan yang tak dikenali. Kat sini kitorang cuti hari Khamis dan Jumaat. Hari Khamis aku aku ikut ayah aku pergi ke bandar naik bas yang disediakan oleh pihak perumahan. Hampir setiap hari adik-adik aku mandi kolam yang ada kat depan rumah. Tapi baru-baru adik aku tak mandi kolam sebab kena study.Kolam biasanya kosong sebab semua orang pergi kerja. Lagi satu sebab banyak sangat kolam kat sini.

Tuesday, September 18, 2007

aku & sesuatu