THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, March 31, 2008

7 Formula Individu Cemerlang

7 Formula Individu Cemerlang

A.M. Lothrop Stoddard mengarang buku The New World of Islam mengatakan tentang kebangkitan Islam yang mengkagumkan dalam sejarah. Islam berkembang sehingga separuh alam dan membentuk hati-hati manusia hingga berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam.

1. Syaitan tidak mempunyai kekuasaan ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal. (An-Nahl 99-100)

2. Apabila hati individu dipenuhi iman, ikhlas dan tawakkal, jalan menuju kejayaan serta keunggulan menjadi lebih mudah.

3. Aset utama dalam menuju keunggulan adalah diri sendiri. Untuk berjaya potensi-potensi diri perlu digilap dengan ramuan Iman dan Islam.

4. Aset penting seorang manusia adalah akal. Akal mesti digilap dengan ilmu untuk mengenal hak dan batil, halal dan haram, sah dan batal dan keutamaan-keutamaan.

5. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. (Al Mujadalah 11). Tidak ada ibadah yang paling utama daripada kefahaman agama. Orang yang fakih lebih susah untuk diperdayakan syaitan.

6. Umat terbaik adalah umat yang menyuruh kepada makruf dan mencegah kemugkaran dan beriman kepada Allah (Ali Imran 110).

7. Penulis-penulis barat yang mengiktiraf Islam. Robert Briffault mengarang buku The Making Of Humanity. Philip K. Hitti menulis The History of the Arabs. Marmaduke picktall mengarang Islamic Culture. Ucapan Carleton S. (carly) Fiorina, pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company pada 26 Sept tahun 2001 di Menneapolis, Minnesota.

8. Golongan yang berjaya adalah mereka yang menghargai dan mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah. Mereka mentaati Allah, membaca AL-Quran, mengajak kepada makruf dan berperanan mencegah mungkar, dan menghubungkan silaturrahim.

9. Orang berjaya adalah orang yang merasa mulia dengan Islam.

10. Perjanjian Balfour antara Palestin dan Yahudi pada 14 Mei 1948.

11. Agama Islam ibarat lombong berlian kepada seorang muslim. Ayat-ayat al quran dan syariat adalah berlian orang Islam. Golongan yang berjaya adalah golongan yang tidak melupakan peringatan Allah.

12. Kita mestilah menerima nikmat Allah dengan rasa taqwa.

13. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka (Al Anfal 53-54)

14. Orang yang bertaqwa dan bersabar tidak akan disia-siakan pahala kebaikannya oleh Allah (Yusuf 90)

15. Bumi akan dipusakai oleh golongan soleh (al anbiya 105). Golongan soleh adalah golongan yang mengutamakan ketaatan kepada Allah yang sentiasa bermuhasabah, bertaubat, bermujahadah, bermuraqabah dan beristiqamah.


16. Jangan merasa lemah dan kecewa kerana kita adalah golongan yang mulia jika kita beriman kepada Allah (Ali Imran 139). Adalah sangat penting kepada kita untuk menjaga iman dan keyakinan kepada janji-janji Allah kerana iman akan memberi kekuatan kepada hati.

17. Mencontohi keunggulan Zlqarnain. Jelas destinasi (berwawasan), Fikiran global dan mempunyai misi, memiliki panduan (kompas) hidup iaitu taqwa, berminda strategik, menguasai teknologi, berkomunikasi secara efektif.

18. MELEDAKKAN TAQWA

19. Membina kegemilangan dari dalam iaitu dari hati. Perubahan dari hati akan kekal lama. Hiasi hati dengan taqwa untuk membina kekuatan jiwa.

20. Hati mempunyai tentera zahir dan tentera batin. Tentera zahir adalah anggota tubuh badan manakala tentera batin adalah nafsu shahwat, marah, ilmu, hikmat dan kebijaksanaan.

21. Ilmu paling mulia adalah ilmu tentang Allah serta keagunganNya. Penglihatan mata (mukasyafah) hati hasil daripada ilmu dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.

22. Ilmu dan keyakinan (belief and faith) akan membentuk hati yang bersih dan menghasilkan kebahagiaan hidup. Hati-hati manusia adalah bejana Allah di muka bumi. Hati yang paling dikasihi adalah hati paling lembut (terhadap orang lain), hati yang paling suci (keyakinannya) dan hati yang paling keras (berpegang dengan agama).


23. Hati bersih akan menghasilkan ilham nasihat dan petunjuk daripada Allah. Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, dijadikan penasihat dihatinya. "Mengingati Allah hati akan menjadi tenang" (Ar Ra'd 28)

24. Manusia terbaik memiliki hati makhmum iaitu hati yang bertaqwa, bersih, tidak ada penipuan, sikap melampau, tipu daya, khianat dan hasad dengki.

25. Hati bersinar akan diilhamkan Allah pelbagai ilmu dan petunjuk. Firasat mukmin, ilham dan pandangan mata hati.


26. Gilap hati selalu dengan membaca dan melaksanakan tuntutan al-quran , mencintai nabi dan mengikut sunnahnya, bersiap menghadapi mati, tidak mengikut kehendak syaitan, takutkan neraka dengan menjauhi maksiat, beramal soleh untuk ke syurga, mengingati kekurangan diri.


27. Ilmu, mujahadah dan zikrulllah. Mujahadah mengawal nafsu. Zikir paling utama adalah solat (Toha 14).


28. 5 Penawar hati, Bergaul dengan orang baik (soleh), membaca Quran, memelihara dari makanan haram, solat malam (tahajjud), zikir dan doa terutama waktu subuh.

29. Tiang-tiang taqwa adalah iman, solat, infaq. Bangunannya adalah patuh kepada Allah berpandu kitab Allah.

30. Ciri-ciri taqwa, beriman perkara ghaib (Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qiamat, Syurga, Neraka, Qadar)

31. Badar (31 vs 1000), Khandak (3,000 vs 10,000), Yarmuk (39,000 vs 240,000 Rom), Qadisiah (41,000 vs 200,000 Parsi).

32. Pengaruh kepercayaan kepada Allah dan alam ghaib melahirkan sikap positif, menghilangkan rasa kecewa dan putus asa, meredakan tekanan dan kecewa dalam hati.

33. Taqwa menjamin kejayaan dan kecemerlangan. Orang bertaqwa dijanjikan jalan keluar dan rezeki yang murah (At Talaq 2-3). Taqwa mengilhamkan petunjuk

untuk menyelesaikan masalah. Taqwa dekat dengan pertolongan Allah dan rezeki murah. Taqwa memberi furqan (jalan keluar), menghapus kesalahan dan mengampuni dosa, memberi kemenangan dan pertolongan, memberi petunjuk kepada hak dan batil.

34. Mengikut kajian American National Institute of Health Research, agama dan ibadah memberi kesan positif kepada kesihatan dengan meningatkan hormon interleukin-6 dalam darah yang meningkatkan sistem daya tahan.


35. Baja untuk menyuburkan taqwa adalah muhasabah dan taubat. Muhasabah adalah sebuah sikap berani untuk merenung diri dan mengakui kelemahan dan memperbaiki kelemahan tersebut. Muhasabah dan melakukan perubahan positif adalah ciri berjaya.

36. Muhasabah diri tentang kepentingan ilmu, bacaan dan pemahaman quran, keyakinan kepada Allah, merasa bangga dengan ajaran dan cara hidup Islam, ibadah yang konsisten, pendidikan anak-anak.

37. Muhasabah yang ikhlas akan lahir rasa insaf dan taubat.

38. Allah mengasihi orang yang berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bertaubat. Taubat adalah langkah permulaan untuk mencari keredhaan Allah.

39. Solat khusyuk menghasilkan hati yang bersih dan menjauhkan perbuatan keji. Solat subuh melawan nafsu tidur. Puasa mengawal nafsu makan dan seks. Membaca al-quran, solat dan zikir untuk melawan nafsu. Membantu diri menuju ke syurga dengan banyak bersujud.

40. Orang yang sanggup melawan hawa nafsu adalah orang yang percaya kepada hari Akhirat serta hari pembalasan yang sanggup mengenepikan keseronokan sementara bagi mencapai matlamat jangka panjang.

41. Orang yang bermujahadah akan ditunjukkan jalan-jalan menuju Allah. (Al Ankabut 69)

42. Menganggap kehidupan dunia sebagai seorang musafir yang singgah sekejap sahaja sebelum meneruskan perjalanan tidak lama lagi.

43. Melawan hawa nafsu dengan banyak membaca al-quran, bersujud, solat dan berzikir.

44. Hati mutmainnah sentiasa tenang mengahadapi ujian dan sentiasa merindukan kesenangan di akhirat dan sentiasa mengingati janji-janji Allah semasa ditimpa ujian.

45. Ihsan. Beribadatlah seolah-olah kamu melihat Allah. Jika tidak mampu rasai yakinilah Allah melihat kamu.

46. Al-Mufarridun. Lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.

47. Dakwah dan taqwa tidak boleh dipisahkan. Islam menuntut umatnya membersihkan diri dan menperbaiki masyarakat. Golongan terbaik adalah mereka yang memenuhi syarat iaitu menyuruh kepada makruf dan mencegah mungkar (al imran 110).

48. Perkataan terbaik adalah menyeru manusia kepada Allah dan beramal soleh dan mengaku muslim (Fussilat 33).

49. Mulakan dakwah dengan diri sendiri dan susuli dengan orang lain (mustafa masyur).

50. 3 adab dakwah (imam al ghazali) iaitu ilmu (mengetahui suasana dakwah, batas-batas, penghalang dll), warak (menjauhi perbuatan salah) dan akhlaq (lemah lembut).

51. Beristiqamah, berpendirian, berperinsip, berintegriti dan bermaruah tinggi. Melakukan amalan secara berterusan. Orang yang beristiqamah dengan agama, malaikat akan turun kepada mereka dan mereka tidak akan takut dan bersedih serta akan bergembira dengan janji syurga (Fussilat 30).

52. Umat Islam diseru melakukan yang terbaik dan berkualiti. Aqwam dan Khair adalah perkataan superlatif iaitu Yang Paling Lurus dan Yang Terbaik. Melakukan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah dan mengikut sunnah. Meletakkan matlamat keredhaan Allah sebagai matlamat tertinggi.


53. Ikhlas dan khusyuk adalah tanda dan ciri orang yang berjaya (al mukminun 1-2).

54. Kepintaran Spiritual (Spiritual Equotion) telah dikaji oleh Daniel Goleman, Dona Zahar dan Ian Marshall.

55. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang bersegera memohon keampunan Allah, menafkahkan harta sewaktu senang dan susah, menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain.

Monday, March 17, 2008

Nombor

nombor latin yang kita pelajari dan ketahui selama ini sebenarnya berasal daripada nombor arab. Oleh kerana eropah telah mengambil nombor arab jadi, arab mengambil nombor India. kalau korang semua tanya orang India ataupun Pakistan, diorang memang tahu nombor arab sekarang.

Kisah 5 perkara aneh-kisah teladan

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Thursday, March 6, 2008

Gabenor dan wanita jelata.-kisah teladan

Seorang Gabernor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah tetangganya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling berebutan memunguti wang itu dengan suka cita. Kecuali seorang wanita kumal, berkulit hitam dan berwajah jelek. Ia terlihat diam saja tidak bergerak, sambil memandangi para tetangganya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi berbuat seolah-olah mereka orang-orang yang kekurangan harta.
Dengan kehairanan sang Gabernor bertanya, "Mengapa engkau tidak ikut memunguti wang dinar itu seperti tetangga engkau?" Janda bermuka buruk itu menjawab, "Sebab yang mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya perlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat." "Maksud engkau?" tanya sang Gabernor mulai tertarik akan kepribadian perempuan itu. "Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah bekal akhirat, iaitu sholat, puasa dan zikir. Sebab perjalanan di dunia amat pendek dibanding dengan pengembaraan di akhirat yang panjang dan kekal."
Dengan jawapan seperti itu, sang Gabernor merasa telah disindir tajam. Ia insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan melalaikan kewajiban agamanya. Padahal kekayaannya melimpah rauh, tak kan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.
Akhirnya sang Gabernor jatuh cinta kepada perempua lusuh yang berparas hanya lebih bagus sedikit dari monyet itu. Kabar itu tersebar ke segenap pelosok negeri. Orang-orang besar tak habis fikir, bagaimana seorang gabernor boleh menaruh hati kepada perempuan jelata bertampang jelek itu.
Maka pada suatu kesempatan, diundanglah mereka oleh Gabernor dalam sebuah pesta mewah. Juga para tetangga, termasuk wanita yang membuat heboh tadi. Kepada mereka diberikan gelas cristal yang bertatahkan permata, berisi cairan anggur segar. Gabernor lantas memerintah agar mereka membanting gelas masing-masing. Semuanya terbengong dan tidak ada yang mahu menuruti perintah itu. Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berdenting, pertang ada orang gila yang melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk. Di kakinya pecahan gelas berhamburan sampai semua orang tampak terkejut dan kehairanan.
Gabernor lalu bertanya, "Mengapa kau banting gelas itu?" Tanpa takut wanita itu menjawab, "Ada beberapa sebab. Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurang kekayaan Tuan. Tetapi, menurut saya hal itu lebih baik daripada wibawa Tuan berkurang lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi." Gabernor terkesima. Para tamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu. Sebab lainnya?" tanya Gabernor. Wanita itu menjawab, "Kedua, saya hanya menaati perintah Allah. Sebab di dalam Al-Quran, Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah, Utusan-Nya, dan para penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil amri, maka dengan segala resikonya saya laksanakan perintah Tuan." Gabernor kian takjub. Demikian pula paran tamunya. "Masih ada sebab lain?"
Perempua itu mengangguk dan berkata, "Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan menganggap saya gila. Namun, hal itu lebih baik buat saya. Biarlah saya dicap gila daripada tidak melakukan perintah Gabernornya, yang bererti saya sudah berbuat durhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan lapang dada daripada saya dituduh durhaka kepada penguasa saya. Itu lebih berat buat saya."
Maka ketika kemudian Gabernor yang kematian isteri itu melamar lalu menikahi perempuan bertampang jelek dan hitam legam itu, semua yang mendengar bahkan berbalik sangat gembira kerana Gabernor memperoleh jodoh seorang wanita yang tidak saja taat kepada suami, tetapi juga taat kepada gabernornya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.

Saturday, March 1, 2008

DI ANTARA SEMALAM DENGAN HARI INI

Sejak seribu tiga ratus tujuh puluh tahun yang lalu, Muhammad bin
Abdullah Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Safa, Mekah:
“wahai sekalian manusia sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu
sekalian, yang memiliki seluruh langit dan bumi tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang
menghidupkan dan yang mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya,
Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turunlah kamu
sekalian kepadaNya moga-moga kamu mendapat pertunjuk”.
Dakwah yang merangkum itu merupakan satu garis pemisah di seluruh
alam di antara silam yang gelap gelita dengan akan datang yang bersinar cahaya
dan kini bahagia abadi. Juga sebagai satu pengisytiharan yang terang dan nyata
terhadap satu sistem yang baru yang disyarakkan Allah yang amat mengetahui
dan amat bijaksana. Disampaikan oleh penyampainya Muhammad s.a.w.
pengkhabar gembira dan pengingat manusia bersama kitabNya al-Quran yang
terang bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri daripada orang
Muhajirin dan Ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan
penuh ihsan.

Dakwah bukan suatu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah yang tidak ada
ciptaan yang lebih baik selain dariNya. Firman Allah:
“Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula
mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya yang Kami
beri petunjuk dengan dia. Siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan
Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi,
ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan.”

Latar belakang ringkas Asy-Syahid Hassan Al-Banna

Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku
pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar,
yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul
Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali
gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah
meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam
dan roh Islam di Dunia Arab.