THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, April 30, 2008

Seloka Ustaz Akil

Didalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat . Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sendiri mau ingat. Umur kamu banyak mana kamu buat ibadat...? Zaman muda kamu, apa yang telah kamu buat...? Harta benda kamu, dari mana kamu dapat...? Ilmu kamu, adakah kamu manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa. Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar! )

Saturday, April 26, 2008

Cuaca...

Hari ni hari yang paling berangin dan paling panas dalam tahun ni. Aku yang duduk kat dalam bas pun terasa bahang panas kat luar. Bila aku bukak tingkap aku rasamacam betul-betul tengah duduk di tengah-tengah padang pasir yang tidak berawan, berangin tapi anginyang betul-betul panas seperti seseorang meniup angin dari atas api.Walaupun aku buka tingkap aku tengok kat seluar aku yang hitam penuh dengan debu-debu.Aku rasa hari ni macam jerebu kat Kuala Lumpur, tak nampak 200 meter di hadapan.Mata aku pedih kerana termasuk debu kedalam mata aku.

Thursday, April 17, 2008

Iman dan kehidupan

1. Iman menimbulkan getaran pada perasaan, memberikan pengaruh yang membekas pada kemahuan.
2. Iman menjadikan bangunnya bersemangat, merupakan senjata paling ampuh, mewujudkan jiwa pejuang.
3. Iman merupakan asas pembinaan kehidupan dan keperibadian.
4. Iman adalah rahsia kekuatan dan kemuliaan.
5. Iman adalah pembangkit daya gerak, menimbulkan semangat bekerja dan berkorban.
6. Iman dengannya akan melenyapkan kebimbangan, membangkitkan keyakinan dan keberanian.
7. Iman menjelaskan rahsia kehidupan dan kematian.
8. Iman akan menanamkan kemerdekaan pada diri, meyakini perlindungan dan pertolongan Allah.
9. Iman menimbulkan rasa harga diri, melenyapkan perasaan rendah diri dan kekosongan jiwa.
10. Iman denganya malaikat akan sentiasa mengawal dan Tuhan sentiasa bersamanya.
11. Iman menimbulkan rasa tanggungjawab, menghilangkan rasa kecewa dan putus asa.
12. Iman melawan pengaruh nafsu, menjadikan hati tenang dan tenteram.
13. Iman denganya fikiran menjadi lapang dan perasaan menjadi tenang.
14. Iman adalah air, makanan, udara dan cahaya kepada jiwa dan hati manusia.

15. Iman adalah sumber kebahagiaan, ketenangan, kepuasan, keamanan batin dan kehidupan yang baik (hayaatan tayyibah).
16. Iman melapangkan kesempitan, mengusir keluh kesah, menyuburkan fitrah, membongkar rahsia alam.
17. Iman menghilangkan keraguan, menjadi benteng pertahanan dan tali pergantungan yang kukuh.
18. Iman menjelaskan tujuan dan menerangi jalan
19. Iman menghilangkan kesulitan, membangkitkan harapan
20. Iman melapangkan perasaan, memberi kekuatan kepada jiwa, menanam kemahuan.
21. Iman membuang rasa benci kepada diri sendiri, menghargai nikmat, tidak menyesali masa lalu.

Bagaimana mengurus kesunyian

AMIR Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam rangkap bait puisinya, “Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu luka, sunyi itu lampus.” Dalam bahasa yang mudah kesunyian adalah suatu keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya kedukaan menghimpit.

Sunyi itu juga boleh membawa keadaan yang tenang. Ketenangan boleh menyebabkan manusia melihat ke dalam diri dan mencari kekuatan. Bagi ahli ibadah, bangun tengah malam dalam suasana sunyi mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t.. Lahir kekudusan yang amat dalam dan manusia berasa jiwa kehambaan yang amat tinggi.

Sunyi juga boleh mengheret insan berasa tertekan. Dirinya semacam rasa tidak dikasihi dan mengasihi. Terasa yang amat sangat dirinya seolah-olah ditinggalkan dan hidup dalam keterasingan. Keadaan tertekan menyebabkan hati jadi luka. Dan dalam kelukaan yang parah hati kehilangan rasa dan akhirnya menjadi rosak ataupun lampus. Ia merasakan semalam yang berlalu penuh dengan kesunyian dan apabila besok menjelang kesunyian menjadi teman hidupnya.

Mengurus kesunyian bukanlah suatu hal yang mudah. Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat. Tanpa kawan, remaja akan sunyi. Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam. Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja.

Ia berlaku kepada semua peringkat kehidupan manusia. Seorang lelaki yang kematian isteri yang disayang akan berasa sunyi yang amat sangat apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi. Seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa.

Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit. Kawan berbual tidak ada. Masalah diri ditanggung sendiri. Simpati yang diharap tak kunjung datang. Akhirnya menangisi nasib dalam duka yang berpanjangan.

Cabaran dan godaan juga sering datang pada waktu sunyi. Manusia mempunyai nafsu dan naluri. Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia

melayani bisikan syaitan dan iblis. Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran. Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah s.w.t. kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah.

Mengurus kesunyian memerlukan pedoman. Bagi remaja, naluri berkawan adalah dorongan yang utama dalam hidup. Remaja memerlukan kawan untuk berbual, bertukar-tukar pandangan, memohon nasihat, berkongsi perasaan dan masalah. Remaja memerlukan kawan supaya tidak berasa sunyi. Ada ketikanya kawan yang didampingi adalah kawan yang baik dan ada ketika bertemu dengan kawan yang sebaliknya.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini. Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan mencuba. Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.

Sahabat

Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian tetapi menjadi sahabat pada waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara yang berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau terlajak, ia akan menasihatinya.

Remaja yang menjalani rutin hidup jangan dibelenggu oleh suasana kesunyian. Ada ketikanya remaja perlukan kesunyian untuk mencari kekuatan dan menumpukan perhatian kepada sesuatu. Menelaah dan mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang tidak bising dan mengganggu.
Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri dalam bilik dan tidak ingin diganggu. Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi. Sunyi adalah membosankan dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi, perasaan menjadi sunyi dan hati juga menjadi sunyi. Jiwa terasing mula dirasakan. Remaja tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Akhirnya apa yang tergerak itulah yang dilakukan. Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan tidak bermanfaat.
Merokok dianggap sebagai teman mengisi kesunyian. Menonton bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian. Akhirnya amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.

Bila kesunyian boleh mendorong remaja melakukan kegiatan negatif, remaja harus bijak mengurus saat-saat sebegitu. Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah berhubung dengan kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai supaya perbualan dapat berlaku, pertemuan dapat berjalan dan pertukaran pendapat mengambil tempat.
Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari Internet dan laman web yang memberi maklumat dan ilmu yang berguna. Seterusnya remaja harus memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui masa-masa lapang dan tidak membiarkan kesunyian membelenggu hingga menyebabkan remaja menjadi resah dan kehilangan arah.

Komunikasi dengan ibu bapa, adik-beradik adalah langkah terbaik bagaimana kehidupan di rumah berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya komunikasi dalam keluarga dapat berlaku secara baik, ia secara jangka panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga dan menyebabkan hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.
Apa sahaja masalah yang dilalui oleh remaja boleh ditanya dan dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah lambang contoh yang mendidik para remaja dan ibu bapa adalah tempat mengadu daripada masalah dan penyelesai kepada kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah orang yang selalunya bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya. Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan bijaksana.

Remaja Islam yang baik boleh mengurus kesunyian dengan baik juga. Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang memberi faedah. Ada ketikanya remaja Islam perlukan orang lain sebagai teman berbicara. Ada ketikanya remaja Islam perlukan suasana yang sunyi dan tenang untuk melakukan komunikasi dengan Pencipta.
Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah s.w.t. dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi menerusi amalan membentuk hati, iman dan takwa menyebabkan remaja takut melakukan perlanggaran dalam syariat Allah.

Remaja akan berasa insaf apa saja yang dilakukan dalam hidup tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa hidup yang berkat adalah di bawah keredaan Allah.

Remaja yang bertakwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan sentiasa conscious ataupun ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama pada waktu dalam kesunyian.

Jangan biarkan kesunyian membelenggu hingga sunyi menggigit hati dan mencengkam rasa dan menyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan perlanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan-Nya dan sentiasa patuh dengan ajaran-Nya.
Isilah masa dengan kegiatan yang berfaedah, tingkatkan ilmu dan pengetahuan supaya remaja merasakan sunyi adalah teman, sunyi adalah ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Oleh DR. SIDEK BABA

- PROFESOR DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

utusan malaysia

Wednesday, April 16, 2008

Petikan dari buku Berani Gagal

1. Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)

2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt - Pengarang Megatrends Asia)

3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)

4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai (Helen Keller)

5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)

6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)

7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)

8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)

9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)

10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)


BERANI GAGAL____________________________________________________


11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan - separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)

12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar

13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa disitulah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan. (Thomas Watson - IBM)

14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan

15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai

16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat (Unanimous)

17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)

18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)

19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)

20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)

21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)

22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)

23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki Ken Keyes)
BERANI GAGAL____________________________________________________


24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)

25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai


26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)


27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

⌂ Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
⌂ Adalah hakku untuk menjadi berbeza
⌂ Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
⌂ Tidak kuingin menjadi warga pelihaharaan
⌂ Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
⌂ Aku ingin mengambil risiko terhitung
⌂ Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya
⌂ Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran
⌂ Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin
⌂ Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
⌂ Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan
⌂ Tidak juga maruah dengan sedekah
⌂ Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan
⌂ Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan
⌂ Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh
⌂ Bangga dan tidak gentar
⌂ Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
⌂ Dan menghadapi dunia dengan penuh berani
⌂ Dan berkata 'Inilah yang kulakukan'
⌂ Inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan

Wednesday, April 9, 2008

Jalan Mencapai Kebahagiaan

Siapapun orang di kalangan kaum muslimin pasti pernah mendengar kata 'aqidah'. Di berbagai kesempatan yang berkaitan dengan hal-hal yang bersifat keagamaan perkataan ini sering terucap. Bahkan para ustadz, kiyai dan dai menyatakan bahwa aqidah merupakan pondasi bangunan Islam. Apakah sebenarnya faedah dan keutamaan dari aqidah Islam itu ?, tulisan berikut akan sedikit mengulas tentang hal tersebut.
Bilal adalah seorang budak hitam milik seorang qurays yang bernama Umayah. Ketika terbit cahaya Islam, Bilal merupakan salah seorang yang Allah beri hidayah untuk merasakan cahaya islam tersebut. Beliau bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah. Kian hari semakin kokoh dan subur benih Islam di hati beliau.
Sampai suatu ketika tuan beliau yang masih dalam kekafiran mengetahui keislaman beliau dan murka. Bilal dipaksa untuk kembali kepada kekafiran dan beribadah kepada beragam sesembahan yang ada. Iman yang bersemayam di hati Bilal membuatnya tegar menghadapi berbagai siksaan yang luar bisa kejamnya. Bilal disiksa dengan dijemur di tengah terik matahari padang pasir, ditindih tubuhnya dengan batu besar dan disiksa dengan berbagai siksaan lain yang luar biasa kejam. Namun di saat diuji dengan siksaan itu, hati beliau merasakan sejuknya sebuah keimanan, sehingga terlontar dari mulut beliau yang mulia....Ahad (Allah Maha Esa)...Ahad.. Kita akan terheran, dan mungkin akan segera bertanya mengapa Bilal dan para sahabat yang lain begitu tegarnya menghadapi ujian, intimidasi dan siksaan yang seberat itu ? Jawabnya adalah, karena mereka telah mendapatkan sebuah kebahagiaan yang hakiki.
Kebahagiaan yang tidak banyak dipahami oleh kebanyakan orang. Karena umumnya manusia menyatakan bahwa bahagia itu adalah kekayaan yang melimpah, rumah indah, kendaraan mewah dan terpenuhinya segala fasilitas keduniaan.

Jalan Lurus Mencapai Kebahagiaan ______________________________________

Memang itu semua adalah pendukung kebahagiaan di dunia, namun dalam dataran kehidupan, kita banyak menemukan orang yang telah terpenuhi segala materi dunianya tetap saja merasakan kesumpekan hidup, tidak tenang, stress, bahkan tak jarang mengakhiri kehidupannya dengan bunuh diri... naudzubillah min dzaalik.

Inikah kebahagiaan ?
Mungkin ada pula yang akan berkata, kalau demikian bahagia itu harus meninggalkan urusan dunia, hidup miskin, mengembara, tidak usah punya isteri dan keluarga atau………...? Itu juga bukan sebuah kebahagiaan yang benar, karena kebahagiaan bisa dinikmati oleh si kaya maupun si miskin, tua atau muda dan segala kalangan.
Berkaitan dengan hal ini para ulama mendefinisikan kebagiaan dengan ketenangan hati, lapangnya dada, dan merasa cukup dengan pemberian Allah. Itulah kebahagiaan, dan segalanya hanya bisa teraih dengan keimanan yang benar, sebagaimana sabda Nabi shallalllahu alaihi wa sallam
"Sungguh mengherankan perkaranya orang mukmin, karena setiap perkaranya akan baik baginya, apabila dia mendapatkan kenikmatan maka dia bersyukur dan itu baik bagi dia, dan apabila ia mendapatkan musibah maka ia bersabar maka itupun baik bagi dia" (HR Bukhari)
Inilah peran sebuah keimanan atau aqidah yang benar, yang mengantarkan seseorang kepada kebahagiaan yang sebenarnya.
Dunia memang tidak pernah sepi dari kesedihan dan kesenangan, kemudahan dan kesukaran. Menghadapi hal tersebut seorang insan muslim yang beraqidah lurus akan selalu tegar menghadapi goncangan badai kehidupan. aneka ragam musibah, seperti kekurangan harta, kekurangan jiwa (kematian anak atau keluarga), kekurangan bahan pangan, pakaian atau ancaman, insya Allah akan mampu diatasi dengan ketegaran. Di dalam hatinya dipenuhi rasa harap kepada Allah, ketergantungan kepada Allah, tawakal, sabar , dan ridha terhadap ketentuan Allah. Tak goyah imannya dengan ujian-ujian tersebut bahkan semakin kokoh, mendorongnya untuk lebih mendekat kepada Allah dan mengikhlaskan doa hanya kepadaNya semata. Ia mengaplikasikan sabda rasulullah shallalllahu alaihi wa sallam
"Apabila engkau meminta mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan maka mohonlah kepada Allah." (H.R. Tirmidzi)
Jalan Lurus Mencapai Kebahagiaan ______________________________________

Maka disaat itulah bertambah ketenangan dan kebahagiaan di dalam hatinya, yang kebahagiaan itu tak dirasakan oleh mereka yang tak kenal akan Tuhannya. Ia pun yakin akan firman Allah :
"Apabila Allah menimpakan bahaya kepadamu maka tidak ada yang mampu mengangkatnya kecuali Dia." (QS Al An 'am)
Hal tersebut di atas berbeda dengan mereka yang lemah aqidah dan imannya. Ujian yang datang sering membuat goncang, putus asa, mengumpat takdir atau terkadang lari kepada hal-hal yang lemah seperti meminta bantuan paranormal atau jin.
Insan yang berqidah lurus akan menjadi pribadi yang penuh dengan keindahan. Hal ini karena jelasnya tujuan hidup yang ia miliki, hendak kemana, untuk apa dan mengapa dia hidup di dunia. Maka jelaslah arah perjalan dia, sangat pasti ia melangkah dan tak ragu-ragu untuk menapak kehidupan. Ia sangat paham dengan tujuan hidup dia…….
"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu."(QS Adz dzariyat : 56)
Allah saja yang dia harap ridhaNya, bukan yang lain. Sehingga pikirannya pun tidak bercabang dan beranting, hanya satu. Berbeda dengan mereka yang punya banyak sesembahan tak tahu tuhan mana yang harus ia cari ridhanya. Sehingga wajar Nabi Yusuf mengatakan kepada dua temannya di penjara.
"Wahai penghuni penjara apakah Tuhan-Tuhan yang banyak itu lebih baik ataukah Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Kuasa." (QS. Yusuf)
Kasus yang berlangsung di sebuah negara maju penganut paganisme, ketika angka kematian akibat bunuh diri sangat tinggi, dan pemudanya tak berharap untuk berpanjangan hidup, apanya yang salah. Mereka tidak punya tujuan hidup yang jelas, mau kemana hidup ini dilangsungkan, mengapa ia harus dilahirkan dan hidup. Kata kunci yang kita dapatkan adalah , mereka tidak kenal akan islam dan aqidah islam yang lurus. Maka, penggalian nilai-nilai kesempurnaan Islam yang diawali dengan aqidah adalah hal yang tertawarkan lagi.

Thursday, April 3, 2008

gambar adik aku slepas haji


Wednesday, April 2, 2008

gambar adik aku sbelum gi haji


Apakah kejayaan

"Sebenarnya apakah itu kejayaan?" Kejayaan adalah peningkatan segala sesuatu yang berharga, yang anda inginkan dari kehidupan.

Objek dari hasrat hati boleh berubah dan sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Semua ini bergantung pada nilai-nilai yang terdapat pada diri kita. Untuk orang-orang tertentu, pengumpulan wang merupakan tanda kejayaan. Bagi orang lain pula, kejayaan bererti membesarkan anak-anak yang baik, bahagia dan sihat. Bagi yang lain pula, bererti memberikan perkhidmatan kemanusiaan seperti menjadi guru, imam, pekerja sosial: Peningkatan dalam bidang usaha tertentu akan dikatakan kejayaan oleh orang lain.

Apa pun erti kejayaan bagi kita, hal ini harus selalu disertai dengan kebahagiaan dan kedamaian batin. Secara umum kita sering mengatakan lelaki dan wanita kaya sebagai orang yang berjaya. Sedangkan beberapa kegagalan terbesar dalam hidup adalah memiliki berjuta-juta dollar tetapi hidupnya menderita. Wang tidak pernah menjadi ukuran kejayaan.

Maha Pencipta tidak pernah mengharap makhluk-Nya akan menjalani hidup yang sempit dan merana. Kita diciptakan untuk sama-sama menikmati keberkatan hidup yang melimpah. Kita dicipta untuk berkongsi kelimpahan yang mengelilingi kita. Wang memang baik, tetapi tidak sepatutnya dinilai lebih tinggi dari manusia.

Apa pun peningkatan berharga yang anda kehendaki dalam hidup ini, boleh anda perolehi. Kita mempunyai anugerah lengkap untuk mendapatkan kejayaan. Tidak ada seorang pun yang dapat menghalang anda untuk berjaya, kecuali diri anda sendiri. Anda memiliki kekuatan dan kemampuan dalam diri anda. Jarak antara anda dengan peningkatan kejayaan harus ditempuh dengan pengembangan, pembentangan kekuatan dan kemampuan yang ada dalam diri anda.