THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, June 16, 2008

Madinah Al-Munawwarah

Khamis malam jumaat yang lepas kitorang (my family n I) pergi ke Madinah. Sebenarnya plan nak pergi hari Rabu, tapi ada orang buat makan-makan untuk kitorang yang dah nak balik mesia. Kitorang balik semula ke Jeddah pada hari Sabtu malam Ahad. Berapa hari ya?

Selama aku ada kat Madinah, aku tinggal kat Hotel Mawaddah (bukannya first time aku tinggal kat hotel tu, dah kali kedua). Aku sampai kat Madinah pada pukul 2.30 pagi. Pukul 3 pagi sampai kat hotel. Pukul 4 pergi Masjid Nabawi (jarak masjid dengan hotel hanya selang satu hotel), solat subuh.

Hari Jumaat kitorang rehat je kat dalam hotel. Pada hari Sabtu, aku terlewat solat subuh, pastu aku pergi masjid solat sorang-sorang. Hari tu jugak, aku pergi lawat Masjid Quba’, Masjid Qiblatain (masjid 2 qiblat), Masjid Tujuh (tahu-tahu sendirilah) n Bukit Uhud. Sebelum ni dah pergi dah…

Sebenarnya aku malas nak tulis banyak-banyak, letih pulak jari aku menaip. Untuk lebih detail Klik ini. Tu pun kalau ada la.

Taku nak balik mesia?

Takut nak balik mesia? Satu soalan yang tak dapat nak dinafikan lagi. Aku sebenarnya memang hepi nak balik, tapi rasa takut tu tetap ada.

Kenapa? Banyak sebabnya. Antaranya:- takut nak pergi sekolah baru, takut jumpa kawan baru dll. Dah la aku kena pergi sekolah baru, asrama pulak tu. Tak sampai seminggu duduk kat mesia, dah kena pergi asrama. Banyak barang kena beli sebelum pergi sekolah. Eh, camne aku nak basuh baju? (bukannya tak tau, tapi tak biasa).

Sempat ke nak beli kelengkapan sekolah? Aku bukannya ada banyak masa.

Satu lagi, dulu aku tak datang sini. Alasannya nanti susah nak biasakan diri. Bila dah datang sini n dah biasa, kena balik mesia. Susah betul la. Kadang-kadang (selalu sebenarnya) rasa macam tak nak balik je. Tapi selalu (kadang-kadang sebenarnya) teringat kat kawan-kawan kat mesia (entah-entah diorang dah tak ingat kat aku… aku rasa memang tak ingat dah…hehehe).

Saturday, June 14, 2008

Intentions

Waking up in the morning, got to my prayer
Am I really gone to make it, when there is no one there?
Taking trips to the masjid, even it’s tough
Am I going for the sake of Allah? Am I showing off?
I have to get the knowledge, have to study Islam
Am I going just to build my ego? So they call me “the Man”
Does it matter if the people respect me, when its not for Allah?
When I know anytime He can take me, without one second delay
Does it matter if they say I’m a big shot?
When I get no reward for my deeds
And I’m dragged on the Day of Resurrection
Cause of the folks that I wanted to please
Plus I know that Allah has the power
To raise me up in their eyes if it need be
I should always make my intentions, for my Lord. Allah
completely

Are my intentions alright?
Am I looking for Allah?
When I’m looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?

Giving a talks on Islam to people
I’d to be quoting Hadith and Qur’an
Am I speaking so they like how I’m speaking? And they say I’m
“The Bomb”
Donating to Islamic centers, giving for sake of Allah? Or its for show?
Many times I found my intentions
Are not what I want them to be
I know I start on the right direction
But syaitan start talking to me
And I forget that without my niyyah, I’m just wasting my time
My intentions cannot bring the reward, when they’re out of line
So I pray to Allah to help me, to do for Him only
Doesn’t matter if the people despise me
Cause with Allah I can never be lonely

Girls meeting

Tak lama lagi akak aku pergi kat rumah kawan dia Mira. Alasannya sebab nak teman Mira dengan adik dia kat rumah. Ayah Mira akan ke luar negara [kat mana entah, tapi yang aku pasti tetap kat dunia ni]. Aku rasa tak aci jugak sebab kat rumah aku internet sangatlah terhad. Akak aku call Mira. Mira cakap kat akak aku,”kalau kau datang ke rumah aku, sakan lah kau”.

Buat sakit hati betulla diorang ni. Menurut akak aku, ada sorang lagi akan datang ke rumah Mira. Nama budak [aku panggil budak sebab dia kecik lagi, baru 12 tahun]
tu Sassy [nama samaran je laa]. Suatu perkumpulan yang boleh disebut – GIRLS MEETING.

Tapi, aku rasa adik2 aku lah yang paling hepi. Sebab diorang selalu kena marah kat akak aku [dalam hati aku pun camtu.jugak]. Akak aku pergi ke situ pada 15 Jun tahun ni. Akak aku balik rumah pada 18 Jun tahun ni jugak [mengikut perancangan, Tuhan yang menentukan]. Umi aku cakap, walaupun duduk kat rumah kawan, tetap kena study jugak [aku tak rasa dia ada hati nak study].

Aku rasa aku tak nak taip banyak2. Sebab jari aku rasa malas semacam je hari ni.
Bye. Salam untuk semua.

Wednesday, June 4, 2008

Allah Knows...

When you feel all alone in this
world
And there’s nobody to count
your tears
Just remember no matter
where you are
Allah knows.

When you’re carrying a
monster load
And you wonder how far you
can go
With every step on that road
you take
Allah knows.

Because no matter what,
inside or out
There’s one thing of which
there’s no doubt
Allah knows.

And whatever lies in the
heavens and Earth
Every star in this whole
universe
Allah knows.

When you find that special
someone
Feel your whole life has
barely begun
Allah knows.

When you gaze with love in
your eyes
Catch your glimpse of
paradise
And you see your child take
the first breath of life
Allah knows.

When you lose someone close
Through the valleys and hills
we go
With the ups and the downs,
never fret never frown
Allah knows.

Every grains sand in every
desert plants
He knows…
Every sheet of palm, every
closed hand
He knows…
Every sparkling tear on every
eye lash
He knows…
Every thought I had and every
word I share
He knows…
Allah knows…

Wednesday, May 28, 2008

Astaghfirullah Robbal Barooyaa
Astaghfirullah Minal Khotooyaa
Robbi Zidhnii 'ilman naafi'aa
Wa waafiqlii 'amalan magbuullaan
Wa waahablii rizqon waasi'aa
Watub 'alaiya taubatan nasuuhaa
Watub 'alaiya taubatan nasuuhaa

Hidup di dunia sebentar saja
Sekadar mampir sekejap mata
Jangan terpesona jangan terpedaya
Akhirat nanti tempat pulang kita
Akhirat nanti hidup sebenarnya

Barang siapa Allah tujuannya
Nescaya dunia akan melayaninya
Namun siapa dunia tujuannya
Niscaya akan letih dan pasti sengsara
Diperbodoh dunia sampai akhir masa

Allah melihat Allah mendengar
segala sikap dan kata kita
Tiada yang luput satupun jua
Allah takkan lupa selama-lamanya
Allah takkan lupa selama-lamanya

Wahai Sahabat cepatlah taubat
Kerana ajal kian mendekat
Takutlah siksa yang menghancurkan
Azab jahanam sepanjang Zaman
Azab jahanam sepanjang zaman
Ingatlah maut pasti kan menjemput
Putuskan nikmat dan cita-cita
Tak dapat ditolak tak dapat dicegah

Bila waktu hidup berakhir sudah
Bila waktu hidup berakhir sudah
Tubuhpun kaku terbungkus kafan
Tiada guna harta pangkat jabatan
Tinggallah ratap dan penyesalan

Menanti peradilan yang menentukan
Menanti peradilan yang menentukan
Astaghfirullah Robbal Barooyaa
Astaghfirullah Minal Khotooyaa

Jika...

Jika aku diPENJARA, aku dapat beruzlah dan beribadah kepada Allah.

Jika aku diBUANG negeri, aku dapat melancong percuma.

Jika aku diBUNUH, aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang SYUHADA!!!


----Syeikh Abdul Qadir Audah----

Saturday, May 17, 2008

Untukmu Ratuku

Puisi ini aku dedikasikan khas
Untukmu RATUKU...

RATUKU
Ingin kuluahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan
tentang kebimbangan ku ini
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik oleh tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah

RATUKU
Kebimbanganku ini
masih menebal
apabila kudengar
dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walau tanpa relamu

RATUKU
Kebimbanganku bertambah lagi
bila kumelihat bunga
yang tak segan silu

Melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya

RATUKU
Aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang kulihat
hari ini
semakin banyak
bunga yang gugur
bagaikan tibanya musim luruh

RATUKU
Bukanlah kuharap
kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari
antara safa dan marwah

Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga

RATUKU
Akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah
mahupun Siti Fatimah

Engkau bukan Aishah
bukan juga Rabi'atul Adawiyyah
wanita suci terpuji

Kerana
aku tidak layak
berharap sedemikian rupa

Cukuplah sekadar
kau cuba mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melewati pinyu-pintu syurga

Jangan kau risau Ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga
tak dapat berkembang mekar
tapi itu
hanya ujian buatmu

RATUKU
Esok musim bunga
pasti akan tiba
dan kau akan mampu
berkembang lagi

Cuma yang kuharapkan
ketika itu

Kau jaga kelopakmu itu

Jangan sampai
tangan-tangan kasar
memetikmu lagi

Jangan goda
kumbang-kumbang ganas
menghisap madumu

Jangan biarkan
gagak-gagak hitam itu
merosakkan serimu

Kerana
Kau Ratu idaman kalbu

RATUKU
Aku bukanlah
memandang kecantikanmu

Walaupun kadangkala
aku tertarik
memandangnya

Tapi
bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin Ratuku
masih ada sinar harapan
yang bisa membuatku
tersenyum lega

Kerana akan kutemui
Ratu yang benar-benar
RATU...



Sekian RATUKU...

Wednesday, May 14, 2008

School

Aku rase x nak ambik jer final exam kat skolah ni. Tak sanggup nak blajar sampai pecah otak.
Lebih2 lagi sains, sebab aku dah ade chemistry, biology n physics. Selain tu aku ade jugak history pasal buddha. Soalan pendek giler, tapi jawapan.... Nak MATI aku dibuatnya. Dua mukasurat. Tapi aku dipaksa jugak ambik. Mak ake cakap kalau aku tak ambik exam ni, aku tak akan blajar kat umah. hehehe....

P/S: nasib baik exam bulan 6.... Wish me Luck....

Tuesday, May 13, 2008

Satu kisah untuk renungan

Kisah ini tak ada kena mengena dgn yg hidup atau matiSeorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinyayg berusia 7 tahun dimuka pintu. Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?"Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking.Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian memandangwajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgitdari ayah?".Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanyapasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit ? nakbeli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukanuntuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membukapintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawahbantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bilaternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagisedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit dibawah bantal itu?" jerkah si ayah.Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpuldari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan."Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.



THE MORAL OF THIS STORY : -
Share this story with someone you like.... But even better, share $20worth of time with someone you love. It's just a short reminder to allof you working so hard in life.We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts.If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.An unwise investment indeed!! So what is the moral of the story????Don't work too hard...and you know what's the full word of FAMILY ?
F = FATHER
A = AND
M = MOTHER
I = I
L = LOVE
Y = YOU

Wednesday, May 7, 2008

Bacalah dan hayatilah setiap baris cerita di bawah...

Memang nampak agak panjang ceritanya, namun klimaks cerita ini hanya akan diperolehi jika anda habiskan bacaan....
Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiii i iiiiiiiiiiiiiiii d!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk. Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi.Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya. Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba... .. "Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik. Wassalam.Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Nasihat lulusan SPM gred 3 kepada graduan

Utusan Malaysia minggu lepas(empat tahun lepas sebenarnya), Khamis 20 Mei 2004, dalam ruanganForum, surat dari pembaca, bertajuk :' "Nasihat Lulusan SPM Gred 3 kepada Graduan"... Abang kini berumur 41 tahun, berkelulusan SPM Gred 3 tahun 1980.Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka meninggal dunia ketika abangberusia 19 tahun. Mereka tidak meninggalkan apa-apa harta kecualianak-anak yang ramai ... Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon pelbagai jawatan tapi gagal ... Oleh kerana abang anaksulung, terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang bermula dengan menjaja ais krim di keliling kampungdan di tempat kenduri kahwin.
Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluangberniaga peluang berniaga pakaian di pasar malam. Bermula denganmenggunakan motosikal buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu vanbaru. Kini abang berjaya menjadi pengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain.
Di samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil kedua-dua perniagaan ini akhirnya abang berjaya membelitanah seluas 12 hektar (30 ekar) dan ditanam dengan kelapa sawit.Pendapatan bulanan abang sekarang:1)Pendapatan utama abang sekarang adalah Hasil Jualan Kelapa ; 3,000biji sehari x 20 sen untung sebiji = RM600 sehari x 30 hari =RM18,000 sebulan.2)Pendapatan kedua abang adalah Hasil Kelapa Sawit ; dengan hargasekarang abang mampu mencapai antara RM10,000 - RM12,000 sebulan.
3)Pendapatan ketiga adalah Hasil Jualan Pakaian ; antara RM6,000 -RM8,000 sebulan.Selepas ditolak gaji lima orang pekerja tetap dan pekerja sambilan,alhamdulillah pada setiap bulan pendapatan bersih abang adalah ;antara RM24,000 - RM28,000 sebulan.... Adik-adik, banyak lagi usaha yang abang lakukan, sepertipenanaman nanas Eropah, seluas 5 ekar keuntungannya antaraRM135,000 - RM170,000 semusim. Tempohnya hanya 10 - 12 bulan.Begitulah adik-beradik abang yang lain, walaupun bersekolah setakatSRP dan SPM. Mereka juga mempunyai perniagaan sendiri, dengan puratapendapatan bulanan mereka melebihi RM30,000 sebulan. Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiaptahun mereka melancong ke luar negara. Abang dan adik beradik lainmampu tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan isteri kamijuga tidak bekerja.Adik-adik yang dikasihi, inilah Rahsia Perniagaan yang tidak ramaianak-anak Melayu tahu;1)Tanam Cita-Cita dan Azam untuk dapatkan pendapatan antaraRM60,000 - RM70,000 sebulan.2)Tak usahlah bermati-matian merebut peluang pekerjaan Makan Gajisama ada dengan Kerajaan atau Swasta dengan gaji yang tak seberapa,misalnya RM2,000 - RM3,000 sebulan.3)Ciptalah Kerja Sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlahpeluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan,ternakan, pertanian, pelancongan dan lain-lain.4)Jika bimbang berniaga secara perseorangan, buatlah secarakumpulan, misalnya melibatkan 4 atau 5 orang.5)Peringkat permulaan buat secara kecilan, tapi Jualan secara TUNAI.6)Akhir sekali, jangan fikirkan sangat soal kelulusan. Misalnya,jika ada kelulusan bidang elektrik, apa salahnya menceburi bidangpertanian.

..... Untuk Hidup Berjaya Orang-orang Melayu Mesti BerniagaABANG BERJAYA, Teluk Intan, Perak. " '... Diharapkan agar kita dapat pengajaran berguna daripada ABANGBERJAYA yang berkongsi pengalamannya ini.Wassalam.

Wednesday, April 30, 2008

Seloka Ustaz Akil

Didalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat . Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sendiri mau ingat. Umur kamu banyak mana kamu buat ibadat...? Zaman muda kamu, apa yang telah kamu buat...? Harta benda kamu, dari mana kamu dapat...? Ilmu kamu, adakah kamu manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa. Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar! )

Saturday, April 26, 2008

Cuaca...

Hari ni hari yang paling berangin dan paling panas dalam tahun ni. Aku yang duduk kat dalam bas pun terasa bahang panas kat luar. Bila aku bukak tingkap aku rasamacam betul-betul tengah duduk di tengah-tengah padang pasir yang tidak berawan, berangin tapi anginyang betul-betul panas seperti seseorang meniup angin dari atas api.Walaupun aku buka tingkap aku tengok kat seluar aku yang hitam penuh dengan debu-debu.Aku rasa hari ni macam jerebu kat Kuala Lumpur, tak nampak 200 meter di hadapan.Mata aku pedih kerana termasuk debu kedalam mata aku.

Thursday, April 17, 2008

Iman dan kehidupan

1. Iman menimbulkan getaran pada perasaan, memberikan pengaruh yang membekas pada kemahuan.
2. Iman menjadikan bangunnya bersemangat, merupakan senjata paling ampuh, mewujudkan jiwa pejuang.
3. Iman merupakan asas pembinaan kehidupan dan keperibadian.
4. Iman adalah rahsia kekuatan dan kemuliaan.
5. Iman adalah pembangkit daya gerak, menimbulkan semangat bekerja dan berkorban.
6. Iman dengannya akan melenyapkan kebimbangan, membangkitkan keyakinan dan keberanian.
7. Iman menjelaskan rahsia kehidupan dan kematian.
8. Iman akan menanamkan kemerdekaan pada diri, meyakini perlindungan dan pertolongan Allah.
9. Iman menimbulkan rasa harga diri, melenyapkan perasaan rendah diri dan kekosongan jiwa.
10. Iman denganya malaikat akan sentiasa mengawal dan Tuhan sentiasa bersamanya.
11. Iman menimbulkan rasa tanggungjawab, menghilangkan rasa kecewa dan putus asa.
12. Iman melawan pengaruh nafsu, menjadikan hati tenang dan tenteram.
13. Iman denganya fikiran menjadi lapang dan perasaan menjadi tenang.
14. Iman adalah air, makanan, udara dan cahaya kepada jiwa dan hati manusia.

15. Iman adalah sumber kebahagiaan, ketenangan, kepuasan, keamanan batin dan kehidupan yang baik (hayaatan tayyibah).
16. Iman melapangkan kesempitan, mengusir keluh kesah, menyuburkan fitrah, membongkar rahsia alam.
17. Iman menghilangkan keraguan, menjadi benteng pertahanan dan tali pergantungan yang kukuh.
18. Iman menjelaskan tujuan dan menerangi jalan
19. Iman menghilangkan kesulitan, membangkitkan harapan
20. Iman melapangkan perasaan, memberi kekuatan kepada jiwa, menanam kemahuan.
21. Iman membuang rasa benci kepada diri sendiri, menghargai nikmat, tidak menyesali masa lalu.

Bagaimana mengurus kesunyian

AMIR Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam rangkap bait puisinya, “Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu luka, sunyi itu lampus.” Dalam bahasa yang mudah kesunyian adalah suatu keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya kedukaan menghimpit.

Sunyi itu juga boleh membawa keadaan yang tenang. Ketenangan boleh menyebabkan manusia melihat ke dalam diri dan mencari kekuatan. Bagi ahli ibadah, bangun tengah malam dalam suasana sunyi mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t.. Lahir kekudusan yang amat dalam dan manusia berasa jiwa kehambaan yang amat tinggi.

Sunyi juga boleh mengheret insan berasa tertekan. Dirinya semacam rasa tidak dikasihi dan mengasihi. Terasa yang amat sangat dirinya seolah-olah ditinggalkan dan hidup dalam keterasingan. Keadaan tertekan menyebabkan hati jadi luka. Dan dalam kelukaan yang parah hati kehilangan rasa dan akhirnya menjadi rosak ataupun lampus. Ia merasakan semalam yang berlalu penuh dengan kesunyian dan apabila besok menjelang kesunyian menjadi teman hidupnya.

Mengurus kesunyian bukanlah suatu hal yang mudah. Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat. Tanpa kawan, remaja akan sunyi. Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam. Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja.

Ia berlaku kepada semua peringkat kehidupan manusia. Seorang lelaki yang kematian isteri yang disayang akan berasa sunyi yang amat sangat apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi. Seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa.

Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit. Kawan berbual tidak ada. Masalah diri ditanggung sendiri. Simpati yang diharap tak kunjung datang. Akhirnya menangisi nasib dalam duka yang berpanjangan.

Cabaran dan godaan juga sering datang pada waktu sunyi. Manusia mempunyai nafsu dan naluri. Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia

melayani bisikan syaitan dan iblis. Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran. Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah s.w.t. kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah.

Mengurus kesunyian memerlukan pedoman. Bagi remaja, naluri berkawan adalah dorongan yang utama dalam hidup. Remaja memerlukan kawan untuk berbual, bertukar-tukar pandangan, memohon nasihat, berkongsi perasaan dan masalah. Remaja memerlukan kawan supaya tidak berasa sunyi. Ada ketikanya kawan yang didampingi adalah kawan yang baik dan ada ketika bertemu dengan kawan yang sebaliknya.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini. Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan mencuba. Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.

Sahabat

Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian tetapi menjadi sahabat pada waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara yang berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau terlajak, ia akan menasihatinya.

Remaja yang menjalani rutin hidup jangan dibelenggu oleh suasana kesunyian. Ada ketikanya remaja perlukan kesunyian untuk mencari kekuatan dan menumpukan perhatian kepada sesuatu. Menelaah dan mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang tidak bising dan mengganggu.
Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri dalam bilik dan tidak ingin diganggu. Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi. Sunyi adalah membosankan dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi, perasaan menjadi sunyi dan hati juga menjadi sunyi. Jiwa terasing mula dirasakan. Remaja tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Akhirnya apa yang tergerak itulah yang dilakukan. Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan tidak bermanfaat.
Merokok dianggap sebagai teman mengisi kesunyian. Menonton bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian. Akhirnya amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.

Bila kesunyian boleh mendorong remaja melakukan kegiatan negatif, remaja harus bijak mengurus saat-saat sebegitu. Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah berhubung dengan kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai supaya perbualan dapat berlaku, pertemuan dapat berjalan dan pertukaran pendapat mengambil tempat.
Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari Internet dan laman web yang memberi maklumat dan ilmu yang berguna. Seterusnya remaja harus memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui masa-masa lapang dan tidak membiarkan kesunyian membelenggu hingga menyebabkan remaja menjadi resah dan kehilangan arah.

Komunikasi dengan ibu bapa, adik-beradik adalah langkah terbaik bagaimana kehidupan di rumah berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya komunikasi dalam keluarga dapat berlaku secara baik, ia secara jangka panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga dan menyebabkan hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.
Apa sahaja masalah yang dilalui oleh remaja boleh ditanya dan dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah lambang contoh yang mendidik para remaja dan ibu bapa adalah tempat mengadu daripada masalah dan penyelesai kepada kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah orang yang selalunya bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya. Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan bijaksana.

Remaja Islam yang baik boleh mengurus kesunyian dengan baik juga. Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang memberi faedah. Ada ketikanya remaja Islam perlukan orang lain sebagai teman berbicara. Ada ketikanya remaja Islam perlukan suasana yang sunyi dan tenang untuk melakukan komunikasi dengan Pencipta.
Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah s.w.t. dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi menerusi amalan membentuk hati, iman dan takwa menyebabkan remaja takut melakukan perlanggaran dalam syariat Allah.

Remaja akan berasa insaf apa saja yang dilakukan dalam hidup tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa hidup yang berkat adalah di bawah keredaan Allah.

Remaja yang bertakwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan sentiasa conscious ataupun ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama pada waktu dalam kesunyian.

Jangan biarkan kesunyian membelenggu hingga sunyi menggigit hati dan mencengkam rasa dan menyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan perlanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan-Nya dan sentiasa patuh dengan ajaran-Nya.
Isilah masa dengan kegiatan yang berfaedah, tingkatkan ilmu dan pengetahuan supaya remaja merasakan sunyi adalah teman, sunyi adalah ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Oleh DR. SIDEK BABA

- PROFESOR DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

utusan malaysia

Wednesday, April 16, 2008

Petikan dari buku Berani Gagal

1. Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)

2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt - Pengarang Megatrends Asia)

3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)

4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai (Helen Keller)

5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)

6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)

7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)

8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)

9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)

10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)


BERANI GAGAL____________________________________________________


11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan - separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)

12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar

13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa disitulah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan. (Thomas Watson - IBM)

14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan

15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai

16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat (Unanimous)

17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)

18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki sipemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)

19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)

20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)

21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)

22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)

23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki Ken Keyes)
BERANI GAGAL____________________________________________________


24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)

25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai


26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)


27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN

⌂ Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa
⌂ Adalah hakku untuk menjadi berbeza
⌂ Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan
⌂ Tidak kuingin menjadi warga pelihaharaan
⌂ Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara
⌂ Aku ingin mengambil risiko terhitung
⌂ Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya
⌂ Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran
⌂ Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran
⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin
⌂ Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar
⌂ Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan
⌂ Tidak juga maruah dengan sedekah
⌂ Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan
⌂ Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan
⌂ Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh
⌂ Bangga dan tidak gentar
⌂ Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
⌂ Dan menghadapi dunia dengan penuh berani
⌂ Dan berkata 'Inilah yang kulakukan'
⌂ Inilah erti sebenarnya menjadi seorang insan

Wednesday, April 9, 2008

Jalan Mencapai Kebahagiaan

Siapapun orang di kalangan kaum muslimin pasti pernah mendengar kata 'aqidah'. Di berbagai kesempatan yang berkaitan dengan hal-hal yang bersifat keagamaan perkataan ini sering terucap. Bahkan para ustadz, kiyai dan dai menyatakan bahwa aqidah merupakan pondasi bangunan Islam. Apakah sebenarnya faedah dan keutamaan dari aqidah Islam itu ?, tulisan berikut akan sedikit mengulas tentang hal tersebut.
Bilal adalah seorang budak hitam milik seorang qurays yang bernama Umayah. Ketika terbit cahaya Islam, Bilal merupakan salah seorang yang Allah beri hidayah untuk merasakan cahaya islam tersebut. Beliau bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah. Kian hari semakin kokoh dan subur benih Islam di hati beliau.
Sampai suatu ketika tuan beliau yang masih dalam kekafiran mengetahui keislaman beliau dan murka. Bilal dipaksa untuk kembali kepada kekafiran dan beribadah kepada beragam sesembahan yang ada. Iman yang bersemayam di hati Bilal membuatnya tegar menghadapi berbagai siksaan yang luar bisa kejamnya. Bilal disiksa dengan dijemur di tengah terik matahari padang pasir, ditindih tubuhnya dengan batu besar dan disiksa dengan berbagai siksaan lain yang luar biasa kejam. Namun di saat diuji dengan siksaan itu, hati beliau merasakan sejuknya sebuah keimanan, sehingga terlontar dari mulut beliau yang mulia....Ahad (Allah Maha Esa)...Ahad.. Kita akan terheran, dan mungkin akan segera bertanya mengapa Bilal dan para sahabat yang lain begitu tegarnya menghadapi ujian, intimidasi dan siksaan yang seberat itu ? Jawabnya adalah, karena mereka telah mendapatkan sebuah kebahagiaan yang hakiki.
Kebahagiaan yang tidak banyak dipahami oleh kebanyakan orang. Karena umumnya manusia menyatakan bahwa bahagia itu adalah kekayaan yang melimpah, rumah indah, kendaraan mewah dan terpenuhinya segala fasilitas keduniaan.

Jalan Lurus Mencapai Kebahagiaan ______________________________________

Memang itu semua adalah pendukung kebahagiaan di dunia, namun dalam dataran kehidupan, kita banyak menemukan orang yang telah terpenuhi segala materi dunianya tetap saja merasakan kesumpekan hidup, tidak tenang, stress, bahkan tak jarang mengakhiri kehidupannya dengan bunuh diri... naudzubillah min dzaalik.

Inikah kebahagiaan ?
Mungkin ada pula yang akan berkata, kalau demikian bahagia itu harus meninggalkan urusan dunia, hidup miskin, mengembara, tidak usah punya isteri dan keluarga atau………...? Itu juga bukan sebuah kebahagiaan yang benar, karena kebahagiaan bisa dinikmati oleh si kaya maupun si miskin, tua atau muda dan segala kalangan.
Berkaitan dengan hal ini para ulama mendefinisikan kebagiaan dengan ketenangan hati, lapangnya dada, dan merasa cukup dengan pemberian Allah. Itulah kebahagiaan, dan segalanya hanya bisa teraih dengan keimanan yang benar, sebagaimana sabda Nabi shallalllahu alaihi wa sallam
"Sungguh mengherankan perkaranya orang mukmin, karena setiap perkaranya akan baik baginya, apabila dia mendapatkan kenikmatan maka dia bersyukur dan itu baik bagi dia, dan apabila ia mendapatkan musibah maka ia bersabar maka itupun baik bagi dia" (HR Bukhari)
Inilah peran sebuah keimanan atau aqidah yang benar, yang mengantarkan seseorang kepada kebahagiaan yang sebenarnya.
Dunia memang tidak pernah sepi dari kesedihan dan kesenangan, kemudahan dan kesukaran. Menghadapi hal tersebut seorang insan muslim yang beraqidah lurus akan selalu tegar menghadapi goncangan badai kehidupan. aneka ragam musibah, seperti kekurangan harta, kekurangan jiwa (kematian anak atau keluarga), kekurangan bahan pangan, pakaian atau ancaman, insya Allah akan mampu diatasi dengan ketegaran. Di dalam hatinya dipenuhi rasa harap kepada Allah, ketergantungan kepada Allah, tawakal, sabar , dan ridha terhadap ketentuan Allah. Tak goyah imannya dengan ujian-ujian tersebut bahkan semakin kokoh, mendorongnya untuk lebih mendekat kepada Allah dan mengikhlaskan doa hanya kepadaNya semata. Ia mengaplikasikan sabda rasulullah shallalllahu alaihi wa sallam
"Apabila engkau meminta mintalah kepada Allah dan apabila engkau memohon pertolongan maka mohonlah kepada Allah." (H.R. Tirmidzi)
Jalan Lurus Mencapai Kebahagiaan ______________________________________

Maka disaat itulah bertambah ketenangan dan kebahagiaan di dalam hatinya, yang kebahagiaan itu tak dirasakan oleh mereka yang tak kenal akan Tuhannya. Ia pun yakin akan firman Allah :
"Apabila Allah menimpakan bahaya kepadamu maka tidak ada yang mampu mengangkatnya kecuali Dia." (QS Al An 'am)
Hal tersebut di atas berbeda dengan mereka yang lemah aqidah dan imannya. Ujian yang datang sering membuat goncang, putus asa, mengumpat takdir atau terkadang lari kepada hal-hal yang lemah seperti meminta bantuan paranormal atau jin.
Insan yang berqidah lurus akan menjadi pribadi yang penuh dengan keindahan. Hal ini karena jelasnya tujuan hidup yang ia miliki, hendak kemana, untuk apa dan mengapa dia hidup di dunia. Maka jelaslah arah perjalan dia, sangat pasti ia melangkah dan tak ragu-ragu untuk menapak kehidupan. Ia sangat paham dengan tujuan hidup dia…….
"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu."(QS Adz dzariyat : 56)
Allah saja yang dia harap ridhaNya, bukan yang lain. Sehingga pikirannya pun tidak bercabang dan beranting, hanya satu. Berbeda dengan mereka yang punya banyak sesembahan tak tahu tuhan mana yang harus ia cari ridhanya. Sehingga wajar Nabi Yusuf mengatakan kepada dua temannya di penjara.
"Wahai penghuni penjara apakah Tuhan-Tuhan yang banyak itu lebih baik ataukah Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Kuasa." (QS. Yusuf)
Kasus yang berlangsung di sebuah negara maju penganut paganisme, ketika angka kematian akibat bunuh diri sangat tinggi, dan pemudanya tak berharap untuk berpanjangan hidup, apanya yang salah. Mereka tidak punya tujuan hidup yang jelas, mau kemana hidup ini dilangsungkan, mengapa ia harus dilahirkan dan hidup. Kata kunci yang kita dapatkan adalah , mereka tidak kenal akan islam dan aqidah islam yang lurus. Maka, penggalian nilai-nilai kesempurnaan Islam yang diawali dengan aqidah adalah hal yang tertawarkan lagi.

Thursday, April 3, 2008

gambar adik aku slepas haji


Wednesday, April 2, 2008

gambar adik aku sbelum gi haji


Apakah kejayaan

"Sebenarnya apakah itu kejayaan?" Kejayaan adalah peningkatan segala sesuatu yang berharga, yang anda inginkan dari kehidupan.

Objek dari hasrat hati boleh berubah dan sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Semua ini bergantung pada nilai-nilai yang terdapat pada diri kita. Untuk orang-orang tertentu, pengumpulan wang merupakan tanda kejayaan. Bagi orang lain pula, kejayaan bererti membesarkan anak-anak yang baik, bahagia dan sihat. Bagi yang lain pula, bererti memberikan perkhidmatan kemanusiaan seperti menjadi guru, imam, pekerja sosial: Peningkatan dalam bidang usaha tertentu akan dikatakan kejayaan oleh orang lain.

Apa pun erti kejayaan bagi kita, hal ini harus selalu disertai dengan kebahagiaan dan kedamaian batin. Secara umum kita sering mengatakan lelaki dan wanita kaya sebagai orang yang berjaya. Sedangkan beberapa kegagalan terbesar dalam hidup adalah memiliki berjuta-juta dollar tetapi hidupnya menderita. Wang tidak pernah menjadi ukuran kejayaan.

Maha Pencipta tidak pernah mengharap makhluk-Nya akan menjalani hidup yang sempit dan merana. Kita diciptakan untuk sama-sama menikmati keberkatan hidup yang melimpah. Kita dicipta untuk berkongsi kelimpahan yang mengelilingi kita. Wang memang baik, tetapi tidak sepatutnya dinilai lebih tinggi dari manusia.

Apa pun peningkatan berharga yang anda kehendaki dalam hidup ini, boleh anda perolehi. Kita mempunyai anugerah lengkap untuk mendapatkan kejayaan. Tidak ada seorang pun yang dapat menghalang anda untuk berjaya, kecuali diri anda sendiri. Anda memiliki kekuatan dan kemampuan dalam diri anda. Jarak antara anda dengan peningkatan kejayaan harus ditempuh dengan pengembangan, pembentangan kekuatan dan kemampuan yang ada dalam diri anda.

Monday, March 31, 2008

7 Formula Individu Cemerlang

7 Formula Individu Cemerlang

A.M. Lothrop Stoddard mengarang buku The New World of Islam mengatakan tentang kebangkitan Islam yang mengkagumkan dalam sejarah. Islam berkembang sehingga separuh alam dan membentuk hati-hati manusia hingga berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam.

1. Syaitan tidak mempunyai kekuasaan ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal. (An-Nahl 99-100)

2. Apabila hati individu dipenuhi iman, ikhlas dan tawakkal, jalan menuju kejayaan serta keunggulan menjadi lebih mudah.

3. Aset utama dalam menuju keunggulan adalah diri sendiri. Untuk berjaya potensi-potensi diri perlu digilap dengan ramuan Iman dan Islam.

4. Aset penting seorang manusia adalah akal. Akal mesti digilap dengan ilmu untuk mengenal hak dan batil, halal dan haram, sah dan batal dan keutamaan-keutamaan.

5. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. (Al Mujadalah 11). Tidak ada ibadah yang paling utama daripada kefahaman agama. Orang yang fakih lebih susah untuk diperdayakan syaitan.

6. Umat terbaik adalah umat yang menyuruh kepada makruf dan mencegah kemugkaran dan beriman kepada Allah (Ali Imran 110).

7. Penulis-penulis barat yang mengiktiraf Islam. Robert Briffault mengarang buku The Making Of Humanity. Philip K. Hitti menulis The History of the Arabs. Marmaduke picktall mengarang Islamic Culture. Ucapan Carleton S. (carly) Fiorina, pengerusi (CEO) Hewlett-Packard Company pada 26 Sept tahun 2001 di Menneapolis, Minnesota.

8. Golongan yang berjaya adalah mereka yang menghargai dan mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah. Mereka mentaati Allah, membaca AL-Quran, mengajak kepada makruf dan berperanan mencegah mungkar, dan menghubungkan silaturrahim.

9. Orang berjaya adalah orang yang merasa mulia dengan Islam.

10. Perjanjian Balfour antara Palestin dan Yahudi pada 14 Mei 1948.

11. Agama Islam ibarat lombong berlian kepada seorang muslim. Ayat-ayat al quran dan syariat adalah berlian orang Islam. Golongan yang berjaya adalah golongan yang tidak melupakan peringatan Allah.

12. Kita mestilah menerima nikmat Allah dengan rasa taqwa.

13. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka (Al Anfal 53-54)

14. Orang yang bertaqwa dan bersabar tidak akan disia-siakan pahala kebaikannya oleh Allah (Yusuf 90)

15. Bumi akan dipusakai oleh golongan soleh (al anbiya 105). Golongan soleh adalah golongan yang mengutamakan ketaatan kepada Allah yang sentiasa bermuhasabah, bertaubat, bermujahadah, bermuraqabah dan beristiqamah.


16. Jangan merasa lemah dan kecewa kerana kita adalah golongan yang mulia jika kita beriman kepada Allah (Ali Imran 139). Adalah sangat penting kepada kita untuk menjaga iman dan keyakinan kepada janji-janji Allah kerana iman akan memberi kekuatan kepada hati.

17. Mencontohi keunggulan Zlqarnain. Jelas destinasi (berwawasan), Fikiran global dan mempunyai misi, memiliki panduan (kompas) hidup iaitu taqwa, berminda strategik, menguasai teknologi, berkomunikasi secara efektif.

18. MELEDAKKAN TAQWA

19. Membina kegemilangan dari dalam iaitu dari hati. Perubahan dari hati akan kekal lama. Hiasi hati dengan taqwa untuk membina kekuatan jiwa.

20. Hati mempunyai tentera zahir dan tentera batin. Tentera zahir adalah anggota tubuh badan manakala tentera batin adalah nafsu shahwat, marah, ilmu, hikmat dan kebijaksanaan.

21. Ilmu paling mulia adalah ilmu tentang Allah serta keagunganNya. Penglihatan mata (mukasyafah) hati hasil daripada ilmu dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.

22. Ilmu dan keyakinan (belief and faith) akan membentuk hati yang bersih dan menghasilkan kebahagiaan hidup. Hati-hati manusia adalah bejana Allah di muka bumi. Hati yang paling dikasihi adalah hati paling lembut (terhadap orang lain), hati yang paling suci (keyakinannya) dan hati yang paling keras (berpegang dengan agama).


23. Hati bersih akan menghasilkan ilham nasihat dan petunjuk daripada Allah. Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, dijadikan penasihat dihatinya. "Mengingati Allah hati akan menjadi tenang" (Ar Ra'd 28)

24. Manusia terbaik memiliki hati makhmum iaitu hati yang bertaqwa, bersih, tidak ada penipuan, sikap melampau, tipu daya, khianat dan hasad dengki.

25. Hati bersinar akan diilhamkan Allah pelbagai ilmu dan petunjuk. Firasat mukmin, ilham dan pandangan mata hati.


26. Gilap hati selalu dengan membaca dan melaksanakan tuntutan al-quran , mencintai nabi dan mengikut sunnahnya, bersiap menghadapi mati, tidak mengikut kehendak syaitan, takutkan neraka dengan menjauhi maksiat, beramal soleh untuk ke syurga, mengingati kekurangan diri.


27. Ilmu, mujahadah dan zikrulllah. Mujahadah mengawal nafsu. Zikir paling utama adalah solat (Toha 14).


28. 5 Penawar hati, Bergaul dengan orang baik (soleh), membaca Quran, memelihara dari makanan haram, solat malam (tahajjud), zikir dan doa terutama waktu subuh.

29. Tiang-tiang taqwa adalah iman, solat, infaq. Bangunannya adalah patuh kepada Allah berpandu kitab Allah.

30. Ciri-ciri taqwa, beriman perkara ghaib (Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qiamat, Syurga, Neraka, Qadar)

31. Badar (31 vs 1000), Khandak (3,000 vs 10,000), Yarmuk (39,000 vs 240,000 Rom), Qadisiah (41,000 vs 200,000 Parsi).

32. Pengaruh kepercayaan kepada Allah dan alam ghaib melahirkan sikap positif, menghilangkan rasa kecewa dan putus asa, meredakan tekanan dan kecewa dalam hati.

33. Taqwa menjamin kejayaan dan kecemerlangan. Orang bertaqwa dijanjikan jalan keluar dan rezeki yang murah (At Talaq 2-3). Taqwa mengilhamkan petunjuk

untuk menyelesaikan masalah. Taqwa dekat dengan pertolongan Allah dan rezeki murah. Taqwa memberi furqan (jalan keluar), menghapus kesalahan dan mengampuni dosa, memberi kemenangan dan pertolongan, memberi petunjuk kepada hak dan batil.

34. Mengikut kajian American National Institute of Health Research, agama dan ibadah memberi kesan positif kepada kesihatan dengan meningatkan hormon interleukin-6 dalam darah yang meningkatkan sistem daya tahan.


35. Baja untuk menyuburkan taqwa adalah muhasabah dan taubat. Muhasabah adalah sebuah sikap berani untuk merenung diri dan mengakui kelemahan dan memperbaiki kelemahan tersebut. Muhasabah dan melakukan perubahan positif adalah ciri berjaya.

36. Muhasabah diri tentang kepentingan ilmu, bacaan dan pemahaman quran, keyakinan kepada Allah, merasa bangga dengan ajaran dan cara hidup Islam, ibadah yang konsisten, pendidikan anak-anak.

37. Muhasabah yang ikhlas akan lahir rasa insaf dan taubat.

38. Allah mengasihi orang yang berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bertaubat. Taubat adalah langkah permulaan untuk mencari keredhaan Allah.

39. Solat khusyuk menghasilkan hati yang bersih dan menjauhkan perbuatan keji. Solat subuh melawan nafsu tidur. Puasa mengawal nafsu makan dan seks. Membaca al-quran, solat dan zikir untuk melawan nafsu. Membantu diri menuju ke syurga dengan banyak bersujud.

40. Orang yang sanggup melawan hawa nafsu adalah orang yang percaya kepada hari Akhirat serta hari pembalasan yang sanggup mengenepikan keseronokan sementara bagi mencapai matlamat jangka panjang.

41. Orang yang bermujahadah akan ditunjukkan jalan-jalan menuju Allah. (Al Ankabut 69)

42. Menganggap kehidupan dunia sebagai seorang musafir yang singgah sekejap sahaja sebelum meneruskan perjalanan tidak lama lagi.

43. Melawan hawa nafsu dengan banyak membaca al-quran, bersujud, solat dan berzikir.

44. Hati mutmainnah sentiasa tenang mengahadapi ujian dan sentiasa merindukan kesenangan di akhirat dan sentiasa mengingati janji-janji Allah semasa ditimpa ujian.

45. Ihsan. Beribadatlah seolah-olah kamu melihat Allah. Jika tidak mampu rasai yakinilah Allah melihat kamu.

46. Al-Mufarridun. Lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah.

47. Dakwah dan taqwa tidak boleh dipisahkan. Islam menuntut umatnya membersihkan diri dan menperbaiki masyarakat. Golongan terbaik adalah mereka yang memenuhi syarat iaitu menyuruh kepada makruf dan mencegah mungkar (al imran 110).

48. Perkataan terbaik adalah menyeru manusia kepada Allah dan beramal soleh dan mengaku muslim (Fussilat 33).

49. Mulakan dakwah dengan diri sendiri dan susuli dengan orang lain (mustafa masyur).

50. 3 adab dakwah (imam al ghazali) iaitu ilmu (mengetahui suasana dakwah, batas-batas, penghalang dll), warak (menjauhi perbuatan salah) dan akhlaq (lemah lembut).

51. Beristiqamah, berpendirian, berperinsip, berintegriti dan bermaruah tinggi. Melakukan amalan secara berterusan. Orang yang beristiqamah dengan agama, malaikat akan turun kepada mereka dan mereka tidak akan takut dan bersedih serta akan bergembira dengan janji syurga (Fussilat 30).

52. Umat Islam diseru melakukan yang terbaik dan berkualiti. Aqwam dan Khair adalah perkataan superlatif iaitu Yang Paling Lurus dan Yang Terbaik. Melakukan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah dan mengikut sunnah. Meletakkan matlamat keredhaan Allah sebagai matlamat tertinggi.


53. Ikhlas dan khusyuk adalah tanda dan ciri orang yang berjaya (al mukminun 1-2).

54. Kepintaran Spiritual (Spiritual Equotion) telah dikaji oleh Daniel Goleman, Dona Zahar dan Ian Marshall.

55. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang bersegera memohon keampunan Allah, menafkahkan harta sewaktu senang dan susah, menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain.

Monday, March 17, 2008

Nombor

nombor latin yang kita pelajari dan ketahui selama ini sebenarnya berasal daripada nombor arab. Oleh kerana eropah telah mengambil nombor arab jadi, arab mengambil nombor India. kalau korang semua tanya orang India ataupun Pakistan, diorang memang tahu nombor arab sekarang.

Kisah 5 perkara aneh-kisah teladan

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Thursday, March 6, 2008

Gabenor dan wanita jelata.-kisah teladan

Seorang Gabernor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah tetangganya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling berebutan memunguti wang itu dengan suka cita. Kecuali seorang wanita kumal, berkulit hitam dan berwajah jelek. Ia terlihat diam saja tidak bergerak, sambil memandangi para tetangganya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi berbuat seolah-olah mereka orang-orang yang kekurangan harta.
Dengan kehairanan sang Gabernor bertanya, "Mengapa engkau tidak ikut memunguti wang dinar itu seperti tetangga engkau?" Janda bermuka buruk itu menjawab, "Sebab yang mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya perlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat." "Maksud engkau?" tanya sang Gabernor mulai tertarik akan kepribadian perempuan itu. "Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah bekal akhirat, iaitu sholat, puasa dan zikir. Sebab perjalanan di dunia amat pendek dibanding dengan pengembaraan di akhirat yang panjang dan kekal."
Dengan jawapan seperti itu, sang Gabernor merasa telah disindir tajam. Ia insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan melalaikan kewajiban agamanya. Padahal kekayaannya melimpah rauh, tak kan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.
Akhirnya sang Gabernor jatuh cinta kepada perempua lusuh yang berparas hanya lebih bagus sedikit dari monyet itu. Kabar itu tersebar ke segenap pelosok negeri. Orang-orang besar tak habis fikir, bagaimana seorang gabernor boleh menaruh hati kepada perempuan jelata bertampang jelek itu.
Maka pada suatu kesempatan, diundanglah mereka oleh Gabernor dalam sebuah pesta mewah. Juga para tetangga, termasuk wanita yang membuat heboh tadi. Kepada mereka diberikan gelas cristal yang bertatahkan permata, berisi cairan anggur segar. Gabernor lantas memerintah agar mereka membanting gelas masing-masing. Semuanya terbengong dan tidak ada yang mahu menuruti perintah itu. Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berdenting, pertang ada orang gila yang melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk. Di kakinya pecahan gelas berhamburan sampai semua orang tampak terkejut dan kehairanan.
Gabernor lalu bertanya, "Mengapa kau banting gelas itu?" Tanpa takut wanita itu menjawab, "Ada beberapa sebab. Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurang kekayaan Tuan. Tetapi, menurut saya hal itu lebih baik daripada wibawa Tuan berkurang lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi." Gabernor terkesima. Para tamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu. Sebab lainnya?" tanya Gabernor. Wanita itu menjawab, "Kedua, saya hanya menaati perintah Allah. Sebab di dalam Al-Quran, Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah, Utusan-Nya, dan para penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil amri, maka dengan segala resikonya saya laksanakan perintah Tuan." Gabernor kian takjub. Demikian pula paran tamunya. "Masih ada sebab lain?"
Perempua itu mengangguk dan berkata, "Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan menganggap saya gila. Namun, hal itu lebih baik buat saya. Biarlah saya dicap gila daripada tidak melakukan perintah Gabernornya, yang bererti saya sudah berbuat durhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan lapang dada daripada saya dituduh durhaka kepada penguasa saya. Itu lebih berat buat saya."
Maka ketika kemudian Gabernor yang kematian isteri itu melamar lalu menikahi perempuan bertampang jelek dan hitam legam itu, semua yang mendengar bahkan berbalik sangat gembira kerana Gabernor memperoleh jodoh seorang wanita yang tidak saja taat kepada suami, tetapi juga taat kepada gabernornya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.

Saturday, March 1, 2008

DI ANTARA SEMALAM DENGAN HARI INI

Sejak seribu tiga ratus tujuh puluh tahun yang lalu, Muhammad bin
Abdullah Nabi yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit Safa, Mekah:
“wahai sekalian manusia sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu
sekalian, yang memiliki seluruh langit dan bumi tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang
menghidupkan dan yang mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya,
Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turunlah kamu
sekalian kepadaNya moga-moga kamu mendapat pertunjuk”.
Dakwah yang merangkum itu merupakan satu garis pemisah di seluruh
alam di antara silam yang gelap gelita dengan akan datang yang bersinar cahaya
dan kini bahagia abadi. Juga sebagai satu pengisytiharan yang terang dan nyata
terhadap satu sistem yang baru yang disyarakkan Allah yang amat mengetahui
dan amat bijaksana. Disampaikan oleh penyampainya Muhammad s.a.w.
pengkhabar gembira dan pengingat manusia bersama kitabNya al-Quran yang
terang bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri daripada orang
Muhajirin dan Ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan
penuh ihsan.

Dakwah bukan suatu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah yang tidak ada
ciptaan yang lebih baik selain dariNya. Firman Allah:
“Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al-Kitab (al-Quran) dan tidak pula
mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya yang Kami
beri petunjuk dengan dia. Siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan
Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi,
ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan.”

Latar belakang ringkas Asy-Syahid Hassan Al-Banna

Hasan al-Banna dilahirkan di Mesir pada awal abad 20 Masehi. Dalam suku
pertama abad 20 Masehi ini dia telah melancarkan satu gerakan Islam yang besar,
yang terkenal dengan nama “Ikhwanul Muslimin”. Hasan al-Banna dan Ikhwanul
Muslimin adalah dua nama yang tidak dapat dipisahkan. Begitu bertenaga sekali
gerakan tersebut sehingga pengaruhnya bukan saja merebak di Mesir, tetapi telah
meresapi seluruh Dunia Arab. Gerakan Ikhwan telah mencetuskan kebangkitan Islam
dan roh Islam di Dunia Arab.

Saturday, February 16, 2008

Kisah Saidina Umar ra. yang paling menyayat hati

Berikut ialah sebuah kisah yang menyayat hati yang
menimpa keluarga Khalifah Saidina Umar ra. yang
dipetik daripada laman web Jabatan Mufti Negara Brunei
Darus Salam. Semoga ianya dapat menginsafkan kita
semua.

http://www.brunet. bn/gov/mufti/ alhadaf/sept98/ h_hukum.htm

KETEGASAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan
ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah.
Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan
dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak
laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar.
Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu
penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun.
Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit
tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan
tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu
Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu
menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah
perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang
juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan
kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan
Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi
pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang
perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu
mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila
perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk
melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan
mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak
berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah
dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah
sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu
pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi
mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya.
Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu
itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana
engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk
memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa
terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak
damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang
bernama Abu Syahamah."

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau
haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul
Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya,
daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak
Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham
maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh
perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar
peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan
anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu
sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan
jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi
orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya
supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan
sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin,
penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi
Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku
sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan
perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah
al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas
lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini
adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi
Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau
berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian
sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di
sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil
membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan
malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak
tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan
halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini
dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu
berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun
mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina
Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.


Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata
kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat
Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku
kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu
Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan
makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata:
"Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita
makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir
bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut
seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang
memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku
untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus
setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah
sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat
dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas
Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih
ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu
majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah
memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk?
Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi
perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan
seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah
anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan
perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan
beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan
hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku
itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal
setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau
adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang
berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi
engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah
lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian
lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia
supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat
kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku,
aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu
di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu
dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik
ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun
bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul
Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku,
sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri
dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah
perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya
(hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu
Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit,
jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan
kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana
khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada
Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila
diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul
Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu
Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya
seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini
terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul
sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah:
"Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat
menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan
kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu
Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah
merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan
nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku,
apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau
hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau
hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan
engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu
Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan
nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum
seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai
anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air
untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air
minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta
Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu
Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku,
dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."


Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai
anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka
engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih
memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu
Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai
ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan
aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan
hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika
engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi
sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu
Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti
sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai
anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan
bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus
menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali
rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang
semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para
hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa
kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan
aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri
Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin,
hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah
dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian
sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat
Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya:
"Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya
dalam menjalankan hukum Allah."

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat
Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu
Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh
sebatan lagi.

Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan
mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat
sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi
sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih,
pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih
pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah
Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak
lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan:
"Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu
Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar
pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid
sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka
sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat
peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin
al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat
berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan
oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar
Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada
malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi
bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam
yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian
putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda
dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa
saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu
kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap
kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah
dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah
menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa
bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu
Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang
benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

Jika HATI Sejernih AIR

Jika HATI Sejernih AIR
Jangan Biar Ia KERUH
Jika HATI Seputih Awan
Jangan Biar Ia MENDUNG
Jika Hati Seindah BULAN
Hiasilah Ia Dengan IMAN

Biar Renggang Di Fana Dunia
Biar Hina Di Mata Manusia
Biar Usia Semakin Tua
Jangan Tergadai Silaturrahim
Salam Sejahtera Pada Pertemuan
Di Sek Ren Ugama Al Hilal, KB

Monday, February 11, 2008

Surat Khabar

aku tak tahu la kenapa orang kat sini teruk sangat. aku baca dalam surat khabar, nak cari suami untuk anak pun sampai masuk dalam surat khabar. semua mak bapak nak cepat lepaskan tanggungjawab terhadap anak masing-masing.

Wednesday, February 6, 2008

Al Barakah International School

Dah seminggu aku bersekolah di sekolah ni. Aku belajar di gred 6. Kelas aku sangat bising, terutama sekali kalau guru tiada di dalam kelas. Kawan-kawan aku ramai dari Pakistan.Kawan-kawan aku ada yang muslim dan ada juga kristian. Warna baju uniform sama dengan warna kulit gajah tua. Tempat bermain bola pun sebesar gelanggang basketball. Cikgu pun teruk sampai panggil pelajar stupid boy.
Satu hari, kawan aku kata kat aku,"This teacher is very bad. She teachs to listen to music, not to the Quran," aku tergelak dengar dia cakap macam tu kat aku. Mula-mula di sekolah memang susah, aku kena salin balik semua pelajaran mula dari bulan Disember 2007. Kat sini aku kena belajar French.

Pengorbanan Suci

Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.
Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.
Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh. Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.
Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.
Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk pancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.
Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.
Di saat terakhir, orangramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orangramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.